Krisis Perlembagaan 1983 Konsep Raja Berperlembagaan di Malaysia

Latar belakang krisis ini adalah PP v Tengku Mahmood Iskandar [1973]1 MLJ 128 dan PP v Tengku Mahmood Iskandar [1977]2 MLJ 123. Fakta kes ialah responden didapati bersalah kerana menyebabkan kematian seorang kedi golf kerana beliau bermain gold di Cameron Highlands. Oleh kerana dia adalah anak kepada Sultan Johor, hukuman telah dikurangkan. Tetapi keputusan itu terikat ke atas dan hukuman berat diberikan. Kes ini adalah berkaitan dengan isu kesamarataan yang termaktub dalam Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan.

Krisis ini bermula apabila Tun Dr Mathahir memegang tampuk pemerintahan Malaysia pada tahun 1983 sebagai Perdana Menteri, dimana beliau telah mencadangkan untuk membuat pindaan tentang beberapa perkara dalam Perlembagaan Persekutuan seperti pindaan sebahagian besar rang undang-undang 38(4), 66(1), (5), dan 150 (1).

Namun perkara yang telah menimbulkan krisis perlembagaan iaitu berkaitan Perkara 66 dan 150 Perlembagaan Persekutuan dimana ia berkait dengan kedudukan YDPA.

Perkara 66 dan 150 Perlembagan Persekutuan, adalah berkaitan dengan rang undang-undang iaitu tentang pengisytiharan darurat dan perkara mengenai perkenan oleh YDPA dan Yang di-Pertuan Negeri ke atas undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara bagi Perlembagaan Persekutuan serta Dewan Undangan Negeri bagi Pelembagaan Negeri.

Sebelum Krisis

·        Segala rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Parlimen akan dipersembahkan untuk mendapat perkenan daripada YDPA, jika YDPA tidak memberi perkenan maka undang-undang tersebut dinyatakan tidak sah.

Semasa Krisis

  • Tun Dr Mahathir menyatakan bahawa satu rang undang-undang yang tidak diperkenan oleh Yang Dipertuan Agong dalam tempoh 15 hari setelah dipersembahkan akan terus menjadi undang-undang. (“If for any reason whatsoever a bill is not assented by the king within 15 days of its presentation the bill shall become law”.)
  • Namun pindaan ini mendapat tentangan oleh Majilis Raja-raja kerana menurut Perkara 38(4) 2 Perlembagaan Persekutuan yang menyebut bahawa sebarang pindaan mengenai kedudukan Raja-Raja mestilah mendapatkan persetujuan Majlis Raja-Raja terlebih dahulu. Hal ini disebabkan kedua-dua pindaan tersebut berkait dengan kedudukan raja-raja.
  • Tun Dr Mahathir menginginkan kuasa terhadap dua perkara ini diberikan kepada Perdana Menteri kerana beliau mula meragui kredebiliti raja-raja akibat masalah-masalah dalaman yang dihadapi oleh keturunan sultan tersebut. Beliau membuat sedemikian bukanlah untuk menjatuhkan atau menghapuskan kedudukan Raja Berpelembagaan namun ini akan menjelaskan lagi fungsi raja berpelembagaan dalam pemerintahan demokrasi. Hal ini kerana, Perdana Menteri adalah pilihan rakyat manakala Raja-Raja pula mengikut jurai keturunan.
  • Majlis tertinggi UMNO telah menghantar wakil untuk menemui Majlis Raja-Raja untuk menjelaskan kenapa perlembagaan ini ingin diubah pada 20 November 1983 di Kota Kinabalu . Antara wakil UMNO yang di hantar seperti Abdul Ghafar Baba, Dato Harun Idris, Marina Yusof, Kamaruddin Mat Isa dan Dato Mustafa Jabar. Namun pertemuan ini tidak menghasilkan apa-apa keputusan, YDPA tetap tidak setuju tentang pindaan perlembagaan ini.
  • Tun Dr Mahathir telah meraih sokongan rakyat dengan mengadakan sesi penerangan rapat umum secara berterusan. Apabila hal ini berlaku, menyebabkan Majlis Raja-raja mengubah keputusan mereka.

Cadangan Pindaan

  • Perkenan kepada perundangan yang diluluskan (Perkara 66 Perlembagaan Persekutuan) – kuasa menolak perkenan pada Rang Undang-undang oleh YDPA
  • Kuasa mengisytiharkan darurat (Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan)  - memindahkan kuasa daripada YDPA kepada Perdana Menteri

Kesan Krisis

  • Pada 15 Disember 1983Majlis Raja-raja dengan persetujuan Timbalan Yang di-Pertuan Agong bersetuju agar Tun Dr Mahathir membawa balik cadangan tersebut ke Parlimen supaya dimasukan ke dalam Rang Undang-Undang. Tempoh yang dipersetujui oleh baginda memberi perkenan pada rang undang-undang ditambah 30 campur 30 hari dan bukanlah 15 hari yang dibentangkan oleh Tun Dr Mahathir.
  • Di mana sesudah satu rang undang-undang diluluskan oleh Parlimen kemudian akan dikemukakan kepada YDPA, 30 hari yang pertama baginda akan memberi perkenan atau untuk mengembalikannya semula kepada Parlimen bagi pindaan selanjutnya, apabila parlimen tetap meluluskan maka 30 hari yang seterusnya tempoh YDPA untuk memberi pekenan atau tidak sekali lagi. Selepas itu, undang-undang tersebut secara automatik akan menjadi undang-undang tidak kira sama ada ia mendapat perkenan baginda atau tidak.
  • Manakala Perkara berkenaan dengan perisytiharaan kemerdekaan dibawah Perkara 150 kekal seperti sebelumnya namun atas nasihat Kabinet.